0

huh..

Posted by crow zero 2 on 11:27 AM
da ahad dah..?!
cepat betul mse brlalu..
lbih2 lg ble time cuti..
cpt je rsenye..
erm,, omwek pon x siap lg..
xdpt nk mgadap pc nih lme2 lg..
k..ar..nk wat omwek jap..
klu rajin dan brksmptn..
erm..tade pape ar..
*merepek je ann..
bye..salam..

6

Tahniah Adik Wajih Zakwan Hanif...

Posted by crow zero on 9:09 PM


http://akumelayuislam.blogspot.com/

7

kambing..

Posted by crow zero 2 on 12:04 PM
ada sebuah cerita menceritakan tentang seorang pengembala kambing...
pada suatu hari ada seorang wartawan dari majalah Animal Planet versi Melayu ingin men"interview" pengembala kambing ini..
bermulalah cerita"~

wartawan : assalamualaikum pakcik Ahmad..!

pakcik Ahmad : oh...waalaikumussalam..dengan nada selamba dan macho itu~

wartawan : saya nie dari kompeni majalah KAMBING nak interview pakcik nie...

pakcik Ahmad : yoko?? pasey po???

wartawan : pasal kambing kambing pakcik lah..

pakcik Ahmad : apo apo jolah...

wartawan : ha...nie nak tanya ni...kambing2 nie pak cik bagi makan pe setiap hari???

pakcik Ahmad : yg mana satu?? yang itam ke yang putih..tanya pakcik Ahmad ilek aje..

wartawan:( dengan muka pelik menjawab) aahhh...ahh...yang itam..jawab wartawan..

pakcik Ahmad : oh..pakcik bagi makan nasik sojuk jo...dengan selamba menjawab~

wartawan : yang putih??!

pakcik Ahmad : SAMA lah ... makan nasik sojuk jugak...

wartawan : oh.. (muka pelik) camne dengan air? minum air baper banyak??!

pakcik Ahmad : yang mana satu??yang itam ker yang putih??

wartawan : ahh ahh ahh...yang putih..

pakcik Ahmad : oh..dalam 2 gelen air lah jugak...!

wartawan : yang itam??

pakcik Ahmad :SAMA lah ... 2 gelen air lah jugak..!!

wartawan : (dah mula hangin) bagaimana dengan berak??

pakcik Ahmad : yang mana satu??yang itam ker yang putih??

wartawan : yang PUTIH!!!

pakcik Ahmad : yang putih tuu...berak agak banyak lah jugak...

wartawan: yeker?? yang HITAM???

pakcik Ahmad : SAMA lah ... agak banyak lah jugak...

wartawan : (dah bengang) abih tuh!!! aper yang dibeza beza kan...saya tanya kambing itam dengan putih sama jer...aper perbezaan nyer yang SEBENARNYER!!!!

pakcik Ahmad : ohh....apolah kau nie...kambing itam tu sebenarnye pakcik yang punyo..!!!~~~

wartawan :(muka paham sambil tersenyum) oh...ohhh..bistu kambing putih saper yang punyer??

pakcik Ahmad :(dengan selamba) SAMA lah jugak .....pakcik punyo gak..

wartawan : (berlari lari anak sambil menjerit dan menangis nangis!! )



p/s: artikel ni best kpd yg blum bce..

17

cara menjawab telefon yang sebenar

Posted by crow zero 2 on 11:49 AM
1.Soalan:Hallo,may I speak to Ina please?
Jawapan:maap, sini bukan balai polis..

2.Soalan:Hallo,sape di sana?
Jawapan:ntah,saya kat sini,mane saya tau sape kat sane...

3.Soalan:Hallo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan:nak cakap je ler..buat ape tanye saya...

4.Soalan:Hallo,bolah sambungkan ke nombor 65237001?
Jawapan:maaf cik,nombor xlehdisambung,hanye boleh dicampur..

5.Soalan:Halo,mak ade rumah?
Jawapan:mak xde rumah,bapak ade sebab rumah bapak yang beli..

6.Soalan:Halo,Ina ko buat ape tu?
Jawapan:kan saya tgh bercakap ngan awak skrang ni..

7.Soalan:boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan:maaf,nombor yang anda dail xmahu memberikan perkhidmatannye.tima kasih.

8.Soalan:Hallo,tolong panggilkan Samad,saya nak bercakap ngannye..
Jawapan:sila panggil sendiri,saya sibuk,maaf..

9.Soalan:Hallo...
Jawapan:Hallo,pusat sakit mental di sini,anda ingin mendaftar?

10.Soalan:Hallo,saya nak tumpang bertanye.....
Jawapan:maaf,ini bukan kaunter pertanyaan.

11.Soalan:Hallo,betul ke ni nombor 23548620
Jawapan:sila dail sekali lagi,kalau saya masih menjawap,betul le tu...

12.Soalan:Assalamualaikum....
Jawapan:Waalaikumsalam.(terus letak)salam kite wajib jawap...

16

Wanita...

Posted by crow zero on 12:19 AM
Seorang anak Yang ku cium amanahnya,
Aku mengasihi kejujuran
Saidatina Siti Fatimah
Yang dicintai ayahandanya
Baginda Rasullulah

Seorang perempuan
Yang kuhirup airmatanya
Aku mencintai kesucian
Siti Maryam binti imran
Yang tulus cintanya
Melahirkan nabi Allah

Seorang isteri
Yang kukagumi sejarahnya
Aku menginsafi kehidupan
Siti Sarah
Yang tabah hatinya
Di Safa dan Marwah

Seorang guru
Yang ku tuntut ilmunya
Aku mengagumi
Saidatina Siti Aishah
Yang menegakkan kalimah Allah
Di Madinah Al-Munawarah

Seorang ibu
Yang kusimpan kasihnya
Aku merasai kewarakan
Seorag Masyitah
Yang tidak putus-putus diseksa
Yang sentiasa membasahi lidah
Dengan zikrullah

Seorang wanita
Yang aku mengimam di hadapannya
Aku menikmati iman
Surah An-Nissa’
Yang memuliakan wanita
Dalam kesucian Al-QURAN
Dalam keunggulan islam

Maha suci engkau ya, Allah
Alhamdulillah
Menjadikan aku manusia lelaki
Yang dipimpin belakangnya
Sorang wanita

6

*Lucu ya...

Posted by crow zero on 2:28 PM
Lucu ya... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

Lucu ya... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

Lucu ya...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

Lucu ya... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

Lucu ya...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya... kita perlu diundang awal untuk....



pending....error

5

Karangan Berbentuk Hiperbola

Posted by crow zero on 9:41 AM
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

haha..buat kesimpulan korg..

8

Gen 90-an.

Posted by crow zero on 1:14 AM
Budak2 yg lahir pd thn 90an mesti ingat mase skola rendah dulu:
- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
- salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku, just nak tlis name pengarang jer, bkan nak bace pn,sinopsis pn tibai jer.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih... hehehee..

0

Semut vs Manusia

Posted by crow zero on 1:11 AM
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??
fikir2 kan lah..

2

tazkirah..eps 3

Posted by crow zero 2 on 10:26 AM
7 Ayat yang Perlu Diamalkan dalam Kehidupan Seharian

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini ,nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim - Di setiap kali hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulilah - Setiap kali habis melakukan sesuatu

3. Astaghfirullah - Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk

4. InsyAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquawwatailbillah - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah - Jika mendapat musibah/melihat kematian

7. Laailaahaillallah - Bacalah sepanjang siang dan malam,sebanyak-banyaknya. Amalkan lah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W:" Siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

insyaAllah

Copyright © 2009 FINAL DESTINATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates