1

nEnG nOng!!

Posted by crow zero on 2:34 PM in
Eyp, ada orang tak kat umah ni...
....Assalamualaikum...
Hey,,,awak!! Lama tak nampak..Bz ke??
Erm..Ada la keje sket...Awak tu.?? Sibuk je kte tengok..
Awak2,,nak tanya sikit boleh?? alaa sikit je...
Ye,ape dia???
Awak rse kan,,kan...benda aaaapa yang awak naaa sgt tp tak mungkin jadi???
Alaaa apa yang selalu awak mimpikan laaaa....Share la..
Emmmmm..............
kalau tengah tido tbe2 ada org kejut...yang kejut tu bukan org biasa, tp Tiz Zaqyah..
mst bes an,,tu mmg terkejut lah tu...
Isshh dia ni,,org tanya serius la sikit...Lagi-lagi!!
Mengada pulak dia ni,,cuba bayangkan..kte jalan sme2 kt taman..tbe2 ada duit RM1000 jatuh dari langit..
Eee syok gler an...Terus kawin je...
Ehem,,,sedar sikit awak tu spe..Ala,,takkan tu je..bosan nye impian awak!! 
Ahhh,,ninini......
Kan bes kalo TAK PAYAH belaja tp dpt result exam gempak!!!
Gulp!!! 0-0

Al-maklumlah kawan sume,,skrg ni da la musim demam...

..:EXAM FEVER:..

Ya Allah kau berilah kekuatan pada hambamu ini untuk menghadapi peperiksaan...


:camane la dgn arab aku ne...moga2 mencapai lulus
Salam study n gud luck to everybody!! icha-icha...


Yang tension,
  pelajar shams

1

Saladin..

Posted by crow zero 2 on 9:13 PM

2

Akhlak Rasulullah..

Posted by crow zero 2 on 10:26 AM
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

3

-Catur (chess)-

Posted by crow zero 2 on 9:43 AM

Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu "seni pertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda.
Asal usul catur

Banyak negara mendakwa merekalah merupakan negara asal catur dalam bentuk yang tersendiri. Walau bagaimanapun, ahli sejarawan berpendapat bahawa catur sebenarnya berasal dari Iran purba, ia menjangkau termasuklah dunia purbakala termasuklah India (dulu dikenali sebagai Hindustan), Pakistan dan Afghanistan adalah beberapa negara diberikan sebagai contoh.

Islam dan Catur

Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur.

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.

Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan daripada nard (backgammon) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti were Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.

Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya.

1) tidak dilekakan sehingga meninggalkan solat dan
2) tidak melibatkan pertaruhan wang

0

huh..

Posted by crow zero 2 on 11:27 AM
da ahad dah..?!
cepat betul mse brlalu..
lbih2 lg ble time cuti..
cpt je rsenye..
erm,, omwek pon x siap lg..
xdpt nk mgadap pc nih lme2 lg..
k..ar..nk wat omwek jap..
klu rajin dan brksmptn..
erm..tade pape ar..
*merepek je ann..
bye..salam..

6

Tahniah Adik Wajih Zakwan Hanif...

Posted by crow zero on 9:09 PM


http://akumelayuislam.blogspot.com/

7

kambing..

Posted by crow zero 2 on 12:04 PM
ada sebuah cerita menceritakan tentang seorang pengembala kambing...
pada suatu hari ada seorang wartawan dari majalah Animal Planet versi Melayu ingin men"interview" pengembala kambing ini..
bermulalah cerita"~

wartawan : assalamualaikum pakcik Ahmad..!

pakcik Ahmad : oh...waalaikumussalam..dengan nada selamba dan macho itu~

wartawan : saya nie dari kompeni majalah KAMBING nak interview pakcik nie...

pakcik Ahmad : yoko?? pasey po???

wartawan : pasal kambing kambing pakcik lah..

pakcik Ahmad : apo apo jolah...

wartawan : ha...nie nak tanya ni...kambing2 nie pak cik bagi makan pe setiap hari???

pakcik Ahmad : yg mana satu?? yang itam ke yang putih..tanya pakcik Ahmad ilek aje..

wartawan:( dengan muka pelik menjawab) aahhh...ahh...yang itam..jawab wartawan..

pakcik Ahmad : oh..pakcik bagi makan nasik sojuk jo...dengan selamba menjawab~

wartawan : yang putih??!

pakcik Ahmad : SAMA lah ... makan nasik sojuk jugak...

wartawan : oh.. (muka pelik) camne dengan air? minum air baper banyak??!

pakcik Ahmad : yang mana satu??yang itam ker yang putih??

wartawan : ahh ahh ahh...yang putih..

pakcik Ahmad : oh..dalam 2 gelen air lah jugak...!

wartawan : yang itam??

pakcik Ahmad :SAMA lah ... 2 gelen air lah jugak..!!

wartawan : (dah mula hangin) bagaimana dengan berak??

pakcik Ahmad : yang mana satu??yang itam ker yang putih??

wartawan : yang PUTIH!!!

pakcik Ahmad : yang putih tuu...berak agak banyak lah jugak...

wartawan: yeker?? yang HITAM???

pakcik Ahmad : SAMA lah ... agak banyak lah jugak...

wartawan : (dah bengang) abih tuh!!! aper yang dibeza beza kan...saya tanya kambing itam dengan putih sama jer...aper perbezaan nyer yang SEBENARNYER!!!!

pakcik Ahmad : ohh....apolah kau nie...kambing itam tu sebenarnye pakcik yang punyo..!!!~~~

wartawan :(muka paham sambil tersenyum) oh...ohhh..bistu kambing putih saper yang punyer??

pakcik Ahmad :(dengan selamba) SAMA lah jugak .....pakcik punyo gak..

wartawan : (berlari lari anak sambil menjerit dan menangis nangis!! )



p/s: artikel ni best kpd yg blum bce..

17

cara menjawab telefon yang sebenar

Posted by crow zero 2 on 11:49 AM
1.Soalan:Hallo,may I speak to Ina please?
Jawapan:maap, sini bukan balai polis..

2.Soalan:Hallo,sape di sana?
Jawapan:ntah,saya kat sini,mane saya tau sape kat sane...

3.Soalan:Hallo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan:nak cakap je ler..buat ape tanye saya...

4.Soalan:Hallo,bolah sambungkan ke nombor 65237001?
Jawapan:maaf cik,nombor xlehdisambung,hanye boleh dicampur..

5.Soalan:Halo,mak ade rumah?
Jawapan:mak xde rumah,bapak ade sebab rumah bapak yang beli..

6.Soalan:Halo,Ina ko buat ape tu?
Jawapan:kan saya tgh bercakap ngan awak skrang ni..

7.Soalan:boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan:maaf,nombor yang anda dail xmahu memberikan perkhidmatannye.tima kasih.

8.Soalan:Hallo,tolong panggilkan Samad,saya nak bercakap ngannye..
Jawapan:sila panggil sendiri,saya sibuk,maaf..

9.Soalan:Hallo...
Jawapan:Hallo,pusat sakit mental di sini,anda ingin mendaftar?

10.Soalan:Hallo,saya nak tumpang bertanye.....
Jawapan:maaf,ini bukan kaunter pertanyaan.

11.Soalan:Hallo,betul ke ni nombor 23548620
Jawapan:sila dail sekali lagi,kalau saya masih menjawap,betul le tu...

12.Soalan:Assalamualaikum....
Jawapan:Waalaikumsalam.(terus letak)salam kite wajib jawap...

16

Wanita...

Posted by crow zero on 12:19 AM
Seorang anak Yang ku cium amanahnya,
Aku mengasihi kejujuran
Saidatina Siti Fatimah
Yang dicintai ayahandanya
Baginda Rasullulah

Seorang perempuan
Yang kuhirup airmatanya
Aku mencintai kesucian
Siti Maryam binti imran
Yang tulus cintanya
Melahirkan nabi Allah

Seorang isteri
Yang kukagumi sejarahnya
Aku menginsafi kehidupan
Siti Sarah
Yang tabah hatinya
Di Safa dan Marwah

Seorang guru
Yang ku tuntut ilmunya
Aku mengagumi
Saidatina Siti Aishah
Yang menegakkan kalimah Allah
Di Madinah Al-Munawarah

Seorang ibu
Yang kusimpan kasihnya
Aku merasai kewarakan
Seorag Masyitah
Yang tidak putus-putus diseksa
Yang sentiasa membasahi lidah
Dengan zikrullah

Seorang wanita
Yang aku mengimam di hadapannya
Aku menikmati iman
Surah An-Nissa’
Yang memuliakan wanita
Dalam kesucian Al-QURAN
Dalam keunggulan islam

Maha suci engkau ya, Allah
Alhamdulillah
Menjadikan aku manusia lelaki
Yang dipimpin belakangnya
Sorang wanita

6

*Lucu ya...

Posted by crow zero on 2:28 PM
Lucu ya... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

Lucu ya... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

Lucu ya...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

Lucu ya... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

Lucu ya...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya... kita perlu diundang awal untuk....



pending....error

5

Karangan Berbentuk Hiperbola

Posted by crow zero on 9:41 AM
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

haha..buat kesimpulan korg..

8

Gen 90-an.

Posted by crow zero on 1:14 AM
Budak2 yg lahir pd thn 90an mesti ingat mase skola rendah dulu:
- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
- salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku, just nak tlis name pengarang jer, bkan nak bace pn,sinopsis pn tibai jer.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih... hehehee..

0

Semut vs Manusia

Posted by crow zero on 1:11 AM
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??
fikir2 kan lah..

2

tazkirah..eps 3

Posted by crow zero 2 on 10:26 AM
7 Ayat yang Perlu Diamalkan dalam Kehidupan Seharian

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini ,nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim - Di setiap kali hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulilah - Setiap kali habis melakukan sesuatu

3. Astaghfirullah - Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk

4. InsyAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquawwatailbillah - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah - Jika mendapat musibah/melihat kematian

7. Laailaahaillallah - Bacalah sepanjang siang dan malam,sebanyak-banyaknya. Amalkan lah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W:" Siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

insyaAllah

3

tazkirah hari ini..eps 2..

Posted by crow zero 2 on 8:52 AM
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg
tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit
manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki
dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan pegang2 awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan
mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang ko anjing,
malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

1

tazkirah hari ini...

Posted by crow zero 2 on 9:11 PM
4 PERKARA SEBELUM TIDUR

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : >1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah.... "

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara >seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan
Al-Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

3

Cinta VS Suka

Posted by crow zero 2 on 8:45 PM


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

0

bukan untuk spe2...

Posted by crow zero on 4:45 PM

0

No Title...

Posted by crow zero on 1:43 PM
Aduh...
Perit derita hati,
Luka hati membarah lagi,
Aku dangkal tentang dia,
Aku benci diri dia,
Dalam kelam jiwa,
Dirinya kuhina,
Dirinya kumaki.

Tapi,
Si cermin datang menghalang,
Dicerita kisah abadi,
Ditunjuki kebenaran si hati,
Aku jatuh terjelopok, tergolek,
Menanti hari sepi,

Kebenaran,
Di sudut hati,
Ku cintai dia lagi,
Tapi ego menguasai diri,
Aku selati dalam derita cinta kotor ini.....

*karya asal sahabat yg mengenal diri ini
*terima kasih buatmu yg cukup mengambil berat tentangku
*semoga ukhuwah berkekalan abadi
*walaupun diriku dihina olehmu
*gaya bahasamu terlalu melampau...
*but i appreciate it.^-^

2

Mencapai Wawasan 2020..

Posted by crow zero on 9:40 AM
Tatkala M'sia menginginkan satu perubahan untuk menjadi sebuah negara maju yang setanding dgn negara2 laen,,pelbagai gagasan atau retorik semata yg dibawa oleh setiap perdana menteri...tun m dgn wawasan 2020 nya,,pak lah dgn islam hadhari nya(konon nk majukan islam) dan terkini najib dgn 1M'sia nya...apa ke jadahnya sume ni??capai ke matlamat yg ditargetkan tuh??...mungkin Allah sedang menghapuskan ilmu dr dunia ni kerana ulama'2 skrg mcm da tkd function..sbb apa??..diorg kna ikut je ckp pemimpin..takut2 nnt kalau tak ikut ckp diorg terus kna banned...hilang kualiti seorang ulama' tu...dr sudut pandang lain pula,,ada ulama' yg memperjuangkan islam,,tp minda rakyat m'sia sndr yg masih tertutup dan tidak mahukan pentadbiran seorang ulama'..mana nk dtgnya keberkatan tu kalau dipimpin oleh org yg tidak mengamalkan ajaran islam secara betul dan istiqamah...seharusnya kita memberi ruang dan peluang pada ulama untuk memimpin negara nih...bagaimana pula dgn rakyat negara kte ni??adakah mereka dah bersedia untuk mengtransformasikan mentaliti pemikiran ke arah minda kelas pertama??jelas skali tidak...mungkin hanya 5% shj dr rakyat M'sia yg betul2 bagus atau mungkin kurang dr itu....tidak dinafikan,,kte harus think positive dlm setiap perkara...yes,,kte mmg yakin sepenuhnya m'sia mmpu mencapai wawasan 2020,tp tgk lah tampuk kepemimpimpinan kte skrg...byk corruption...kalau kte tgk negara2 maju lain..cthnya si Amerika...leaders diorg mmg ada corruption,,tp diorg buat jahat tu semata2 utk majukan negara bukannya majukan poket sndr atau perut sndr...diorg main kotor dgn menjual minyak2 tiruan yg lebih mahal dr yg asli..tp utk apa??negara jugak...kt m'sia nih apa cter??jual minyak untung masuk poket r..bukan nk majukan negara tp nk menyeksa rakyat..at least contohi lah amerika tu..bukan ikut stail diorg main kotor,,tp berusaha untuk majukan negara,,tkd kepentingan sndr..kitorg kt bwh ni dah bg kepercayaan dah,,pemimpin2 ni kna lah komitmen..ini tak,,sibuk berfoya-foya,,menghabiskan duit rakyat buat projek2 tak guna,,,jalan2 luar negara,,beli barang mahal2,,,bunuh org...pas2 tak habis2 tabur fitnah,,tabur duit...eeee,,,tak takot ke pikir dah bpe byk dosa diorg buat..menzalimi rakyat lagi...rakyat ni buta,,masih tak nmpk...sokong lagi pemimpin2 yg mcm ni...tak takot ke kt akhirat nnnt dipersoalkan apa yg dia buat...nauzubillah...bape ramai yg teraniaya dan mendoakan sesuatu yg tak baik padanya....tgk lah...ekonomi pon masih bergantung kat org lain,,cmana nk maju??..ekonomi amerika jatuh,,kte pon merudum...apa bnda ni??..tak leh berdikari ke???..huh,,buat projek formula1 m'sia...org tgh tkd duit g buat projek yg tkd hasil!!!mmg lah..pemimpin m'sia ni sume lengkap,,pembunuh ada, pemfitnah ada, peliwat ada(ada ke), peraba ada, kaki pompuan ada n mcm2 lagi....makanlah duit haram tu...terus lah menzalimi kitorg...insya-Allah takkan maju punya...akhir kata,,,didoakan agar wawasan 2020 berjaya dicapai...duduk di bawah kepemimpinan ulama' yg memberi barakah...sekian,,salam 1m'sia

3

Salahkah Merentas Desa??

Posted by crow zero on 7:30 PM
Assalamualaikum...huh,,baru2 ni skola ada wat satu perubahan dlm sukan..nmpak gayanya muslimat skrg da boleh lah nk merentas-rentas kt desa tu...timbul pelbagai persoalan dan konflik..ada yg tak setuju tak puas hati..n ada yg tak amik tau pon...maka banyak la fatwa2 yg kuar dr mulut2 pelbagai pihak..ada yg ckp cmni,,ada yg ckp cmtu..apa yg nk ditulis ni,,sekadar pandangan peribadi je eh..salah ke nk merentas desa??(untuk muslimat)..ok,,biar saya jawab...mungkin nmpak aneh pompuan pakai tudung labuh n then berlari2...kena sedar yg pompuan ni byk kna jaga..sbb apa??org pandang..org laki ni mata dia power..mcm2 leh nmpak...tutup lah cmana pon an..ade je.....tp takpe,,habis kalau mcm tu,,smpai bler2 la muslimat ni tak boleh nk bersukan..tu satu..n then yg ke 2,,think out of the box...nk duduk dlm kepompong yg sma ke??cuba kuar...n ada pulak yg cuba mmbawa usaha pulau-memulau program ni...ada juga antara guru sndr yg menyindir dan tidak berpuas hati...perbarisan rumah sukan(muslimat) diajar oleh dak laki..habis tu??nk harap an spe g??cuba think positive sket...kalau dia amik askar tu soh ajar kawad dak pompuan tu leh pulak....okeh,,tu dari satu sudut...sudut laen pulak,,mungkin dak pompuan ni da lali gn perangai dak laki skola shams ni kot...diorg tau apa yg berlaku next next next nnt an...skola agama katakan..then diorg pon tau kalau merentas desa ni mcm2 hal ada...kte kan kne jaga adab2 sbg seorg muslimah...mgkin tmpt nk lari2 tu pon exposed kt public,,so apa org ckp nnt....tp kalau ada lebih byk buruk dr baik,,,,kansel je bnde tu..ckg pon takyah susah2 nk jaga checkpoint diri tgh2 panas,,takyah susah2 beli hadiah..tol tak??baek dok umah lepak tido air-cond...apa yg diharapkan,,minda pelajar agama jgn terus disempit-sempitkan,,luaskan pemikiran...cuma jgn smp tahap budaya yg baik tu lenyap...mgkin ada baik nya juga kte try dulu utk kali pertama ni,,kalau ada masalah byk,,taon dpn jgn buat..kalau ok,taon dpn perbaiki lg...simple kan......:)....sekadar mmberi pandangan..sbb byk sgt kekhilafan dlm hal ni...taktau r ijtihad ustaz2 dpt result apa..haha,,,yg buruk dicegah,...salam

0

1,2,3....

Posted by crow zero on 8:32 PM in
Benar apa yang orang selalu katakan,,bilamana kita sudah memiliki apa yang kita inginkan.,seringkali kita alpa, lalai dan leka...kita terlupa untuk menghargai kehadirannya di samping kita...hari-hari mendatang bersinar indah dipenuhi senyuman.,,hanya kerakusan jiwa yang dipengaruhi emosi mampu membuatkan kita meninggalkannya yang masih mengharap begitu sahaja,tanpa ada rasa bersalah walau sedikit pun..renungan mata yang sinis, menusuk ke dalam kalbu, ibarat pandangan yang lebih tajam dari mata pedang.. kenangan bersama turut terkubur dan terus bersemadi di alam yang tidak ada realistiknya...adakah kita sedar,,mereka inilah yang sebenarnya banyak mengisi liang-liang kosong kehidupan kita...denyutan nadi yang semakin meronta-ronta seperti memberi satu isyarat yang pasti......mungkin ia mahu berdiri bebas dengan sendirinya..,tetapi keinginan yang hanya melawan arus,,pasti hanyut jua akhirnya...kaki yang kerdil tidak mampu berdiri dengan angan-angannya yang jelas terlalu besar........hanya saat ketidakberadaan si dia di sisi,,barulah kita merasakan betapa tingginya nilai harga yang terdapat padanya......


 
“kerana tiada kemaafan dalam diri seorang insan yang telah ku lukakan”
manusia hanya akan menghargai apabila mereka terasa kehilangan
aku takutkan setiap pertemuan kerana pasti ada perpisahan pada penghujungnya







0

da lme x post..

Posted by crow zero 2 on 8:58 PM
salam..hmm..mnx maaf sbb da lme x post..maklumla,, busy..hmm..da 3 mggu skola da.. boley thn ar..erm..x lme lg,, nnti msti bosan..coz rmai nk pndh..td pon..ade yg pindah..acap mazlan..tu pon da sedey da..apetah lg klu rmai yg pndh..da x lgkp da batch form4..al-ikhwan..k..ar..maleh tulih pnjg2..busy ar..salam..

1

........

Posted by crow zero on 8:40 PM
tonnes of homework..stress!!n no point...add math???

3

3 pesalah

Posted by crow zero 2 on 9:43 AM
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.



p/s: ni post yg trakhir..haha..

2

salam semua..

Posted by crow zero 2 on 9:12 AM

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


minx maaf r klu ade wat salah..hehe..

4

2010...LeMbArAn BaRu.

Posted by crow zero on 2:37 AM
subhanallah....


Copyright © 2009 FINAL DESTINATION All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates